Senin, 23 November 2015

5 periode masa umat islam


Tafsir Surah al-A’raf ayat 73 - 79, Dialog Nabi AlLah Soleh AS dengan Kaumnya (Kaum Thamud) 73. Dan kepada kaum Thamud (KAMI utuskan) saudara mereka: Nabi Soleh. Berdakwah dia kepada kaumynya: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan AlLah, (sebenarnya) tiada ILAH bagi kamu selain daripadanya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata (mukjizat) dari RABB kamu; ini seekor unta betina (dari) AlLah sebagai keterangan bagi kamu (membuktikan kebenaranku). Oleh sebab itu, biarkanlah unta itu mencari makan di bumi AlLah, dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (kalau kamu menyentuhnya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya. - AlLah SWT menjelaskan suatu waktu dahulu DIA mengutuskan Nabi Soleh kepada kaum/bangsa Thamud, suatu kaum yang mendiami tempat yang bernama al-Hijr yang berlokasi di antara Hijaz dengan Syam. Nabi Soleh pula merupakan anak-beranak mereka, atau kaum kerabat mereka, dengan kata lain Nabi Soleh AS mempunyai pertalian yang hampir dengan mereka dari segi darah. Sebagaimana biasa, AlLah SWT mengutuskan para anbiya untuk mengajak manusia kembali ke jalan Islam setelah manusia sudah terlalu jauh tersesat. Seperti kata peribahasa Melayu; sesat di hujung jalan kembali ke pangkal jalan. Jadi Nabi AlLah Soleh AS diperintahkan AlLah SWT untuk mengembalikan kaum Thamud kepada agama yang lurus iaitu Islam. Kerana cara hidup & agama dari sisi AlLah SWT hanyalah Islam. Nabi AlLah SWT memulakan seruan dakwahnya agar kaum kerabatnya kembali menyembah AlLah SWT sahaja, kerana hanya AlLah sahaja yang berhak disembahi, bukan yang lain berupa patung, berhala, pokok-pokok besar, kuburan, lokasi-lokasi tertentu dan sebagainya. Dakwaan Nabi Soleh AS mengajak manusia sezamannya menyembah AlLah SWT disambut dengan permintaan yang aneh. Mereka mahukan Nabi Soleh AS memecahkan batu dan mengeluarkan anak unta betina dariapda dalam batu tersebut. Seandainya Nabi AlLah Soleh AS berjaya menunaikan permintaan mereka, mereka memberi jaminan untuk beriman kepada AlLah SWT seperti yang didakwahkan. Ketua kaum Thamud yang mencabar Nabi AlLah Soleh AS itu bernama Junda bin Amr bin Labib. Nabi AlLah Soleh AS bermunajat kepada AlLah SWT, dan izin-NYA keluarlah unta betina daripada dalam batu. Setelah melihat kebenaran berada nyata di hadapan mata, Junda & sebilangan yang ada menyatakan imannya kepada AlLah SWT. Tetapi tidak banyak yang sempat untuk menyertai & menyatakan iman mereka kerana pemuka agama berhala pada masa itu yang diketuai oleh Dzuab bin Amr bin Labib & pembantunya Habbab menghalang & menyekat. Berikutnya Nabi AlLah Soleh AS memberitahu bahawa unta itu tidak boleh disakiti dengan cara apapun. Unta tersebut mestilah diberi minum secara bergilir-gilir dengan penduduk al-Hijr. Apabila tiba hari yang dijadualkan untuk unta meminum air, penduduk & haiwan ternakan mereka tidak boleh meminum air tetapi mereka boleh memerah sebanyak susu unta itu untuk dijadikan minuman. Jelas Nabi AlLah Soleh AS lagi seandainya unta itu disakiti, maka akan turunlah bala AlLah SWT kepada mereka semua. 74. "Dan kenanglah nikmat AlLah ketika DIA menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Aad, dan ditempatkannya kamu di bumi, (dengan diberi kemudahan) untuk kamu mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata, dan kamu memahat gunung-ganangnya untuk dijadikan rumah. Justeru kenangkanlah nikmat-nikmat AlLah itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi". Dakwah berikut daripda Nabi AlLah Soleh AS ialah memperingatkan merak terhadap nikmat AlLah SWT yang tercurah kepada kaun Thamud. Antara nikmat itu ialah kaum Thamud dijadikan AlLah SWT pemerintah & pengurus atau pentadbir dunia setelah kehancuran kaum Ad (bangsa Nabi AlLah Hud AS). Kaum Thamud mendapat kekuasaan pemerintahan di dunia, dengan segala perbendaharaan & kekayaan menjadi milik mereka. Antara nikmat yang AlLah SWT kurniakan kepada kaum Thamud & tidak diberikan kepada bangsa yang lain hingga kini ialah kemahiran (teknologi) dapat memahat bukit & gunung untuk dijadikan rumah & kediaman. Lalu jadilah bukit & gunung sebagai rumah-rumah mereka yang kukuh daripada ancaman. Di samping itu mereka juga dengan teknologi semasa membina istana-istana di tanah yang rata. Dapat difahami setiap mereka mempunyai 2 kediaman yang hebat & megah; satu istana di tanah rata, satu lagi kediaman yang mereka pahatkan di bukit atau gunung. Kedua-dua kediaman ini mereka gunaka untuk mereka huni pada musim panas & musim dingin. Pada musim panas mereka menghabiskannya dengan menduduki istana, sementara pada musim sejuk mereka labur untuk berada dalam bukit atau gunung yang mereka ukir indah sebagai rumah. Dakwah Nabi AlLah Soleh AS juga agar mereka jangan sengaja membuat kerosakan di bumi. Kerosakan di sini bermaksud membuat dosa & maksiat, sama secara terancang, secara senyap-senyap, atau secara terang-terangan. 75. Ketua-ketua yang sombong takbur dari kaumnya berkata kepada orang-orang yang dipandang lemah; iaitu orang-orang yang telah beriman antara mereka: "Tahukah kamu bahawa Soleh menjadi rasul dari RABBnya?" mereka menjawab: "Sesungguhnya kami beriman kepada apa yang ia (Nabi Soleh) dakwahkannya". Macam biasa mereka yang berkuasa, yang kaya, yang mewah hidupnya, susah untuk membuka pintu hati kepada ajaran wahyu, hal ini dirakam sepanjang masa dalam sejarah perjuangan dakwah para anbiya kepada umat manusia. Kasus ini berlaku seawal dakwah Nabi AlLah Nuh AS hinggalah kepada fenomena yang berlaku kepaada Junjungan Akhir Zaman; Nabi Muhammad SAW. Golongan yang berkuasa pada zaman Nabi AlLah Soleh AS juga demikina juga, bukan sahaja mereka tidak mahu join terhadap dakwah, mereka jua akan bertanya dengan tujuan mengolok-olok pengikut nabi, kamu percayakah Soleh tu diutus nabi oleh AlLah? Situasi ini akan berterusan selagi manusia ada nyawa di sepanjang masa. Pendokong dakwah akan menjawab dengan penuh yakin; kami beriman kepada dakwah para nabi. Kenapa pendokong & menyokong dakwah ini percaya & beriman dengan dakwaan manusia yang mengaku menjadi nabi ini? sebabnya mudah sahaja iaitu manusia yang dilantik & mendakwa mereka sebagai nabi ini merupakan manusia yang paling jujur pada zamannya, manusia yang dalam percakapannya tak pernah berbohong, manusia yang paling amanah mereka lihat dalam muamalat, manusia yang tidak pernah menyusahkan mereka dalam pergaulan seharian, manusia yang banyak meringankan beban mereka dalam seharian, & AlLah SWT memang memilih manusia yang tepat untuk menjadi utusan-NYA. Justeru apabila manusia yang sebegini hebat mengajaka mereka kepada agama AlLah SWT, golongan yang lemah ini tanpa bertangguh & tanpa teragak-agak menyatakan iman kepada AlLah SWT RABB sekalaian alam. 76. Orang-orang yang sombong takbur itu berkata: "Sesungguhnya kami tetap ingkar kepada orang yang kamu beriman kepadanya". Jawapan yang diberikan oleh golongan yang takabbur (yang enggan tunduk kepada kebenaran) pastinya berbeza dengan jawapan golongan mereka yang medapat hidayah. Golongan yang takabbur ini dengan angkuhnya akan menjawab mereka tidak akan beriman dengan golongan para nabi di sepanjang zaman. Mereka yang takabbur ini bukan sahaja tidak mahu membuka pintu hatinya untuk dimasuki sinar iman & hidayah AlLah SWT, mereka juga akan rasa susah hati jika ada insan lain yang beriman. Lantaran itu tidak hairanlah jika ajakan & dakwah para nabi & rasul ini ditentang & dihalang di sepanjang zaman. Pelbagai rancangan jahat dirangka & difikir golongan ini untuk menyekat dakwah, sama ada pada zaman dahulu atau pada zaman hari ini. hal ini akan berterusan sehinggalah ke hari kiamat. 77. Maka mereka pun menyembelih unta itu, dan mereka menderhaka terhadap perintah RABB mereka, sambil berkata: "Hai Soleh! datangkanlah azab yang Engkau telah janjikan kepada kami, jika betul engkau dari Rasul-rasul yang diutus (oleh AlLah)". Golongan penentang dakwah Nabi AlLah Soleh AS ini yang terdiri daripaa mereka yang berkuasa bukan sahaja menghalang dakwah & menyekat tersebarnya dakwah, malah mereka berpakat untuk membunuh unta yang mereka pinta. Bukan sahaja mereka menyembelih & membunuh unta tersebut, mereka siap membahagi-bahagikan dagingnya, mereka juga dengan angkuhnya mencabar Nabi AlLah Soleh AS agar menurunkan azab/bala kepada mereka dengan seberapa segera. Bagi mereka Nabi AlLah Soleh AS itu yang boleh menurunkan bala. Sedangkan para nabi hanya menjelaskan seandainya titah perintah AlLah SWT dilanggari, akan datang bala dari AlLah SWT. Bilakah masa, bilakah waktu, pukul berapa, datangnya bala tersebut bukan urusan & dalam pengetahuan para nabi. AlLah SWT akan menurunkan bala mengikut kehendak-NYA bila-bila sahaja yang disukai-NYA. Bagaimana boleh terjadinya pembunuhan unta Nabi AlLah Soleh AS ini? semua ini datangnya dari idea & perancangan 2 orang wanita yang jelita, bernama Unizah bt Ghanam dan Sadaqah bt Mukh. Sesiapa yang boleh membunuh unta tersebut akab dijadikan suaminya (Sadaqah) dan berkahwin dengan anaknya (Unizah yang kaya raya). Tawaran tersebut telah memikat hati 2 pemuda; Gudar/Qaddar bin Salif & Masda’/Mushadda bin Muharij. Mereka berdualah yang mengetuai rombongan 9 manusia jahanam untuk membunuh unta. Rancangan mereka yang disusun rapi ini dilaksana dengan sempurnanya pada waktu malam. Mushadda memanah betis unta dari jauh sementara Gudar menghabisi riwayatnya. Benar juga kata pepatah’ wanita itu tiang negara apabila baik wanita itu maka baiklah negara, bila tolol & jahat wanita itu maka akan hancur & jahatlah negara’. Tangan yang menghayun buaian bisa menggoncangkan dunia. 78. Oleh sebab itu, mereka pun dibinasakan oleh gempa bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing. Mereka bukan sahaja membunuh unta itu, malah mereka 9 jahanam itu bergerak pula ke rumah Nabi AlLah Soleh AS untuk membunuhnya. Dengan sebab dosa yang mereka rancang & usahakan, maka datanglah bala AlLah SWT yang mereka mintakan berupa gempa bumi & bunyi halalintar yang membinasakan. Mereka yang bernafsu ingin membunuh Nabi AlLah Soleh AS & pengikutnya dibinasakan AlLah SWT dengan hujanan batu dari langit. Nabi AlLah Soleh AS dan pengikutnya yang beriman diizinkan AlLah SWT untuk berhijrah ke RamalLah Palestin dan menetap di sana. Jadi penduduk yang menghuni RamalLah pada hari ini merupakan anak cucu Nabi AlLah Soleh & para pengikutnya yang beriman. Jangan hairan jika esok atau lusa akan muncul kebangkitan Islam dari RamalLah. 79. Maka Nabi Soleh pun meninggalkan mereka sambil berkata: "Wahai kaumku! Aku telah menyampaikan kepada kamu perutusan RABBku, dan aku telah memberi nasihat kepada kamu, tetapi kamu tidak suka kepada orang-orang yang memberi nasihat". Sambil kakinya melangkah keluar dari bumi al-Hijr Nabi AlLah Soleh AS tetap memberi ingat kepada pengikutnya yang masih ada & peringatan kepada mereka yang binasa bahawasanya dia telah melaksanakan segala suruhan AlLah Yang Esa; memberikan nasihat kepada mereka, tapi sayangnya banyak daripada manusia tidak makan nasihat.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu


Akhir-akhir ini kita selalu membahas mengenai tanda-tanda kiamat yang semakin hari semakin banyak tanda-tanda yang nyata itu bermunculan, tapi kita jarang mengetahui kapan akan datangnya kiamat itu. Pada kesempatan ini kita akan membahas mengenai sisi lain yang berkaitan dengan hari Kiamat. Yaitu mengetahui berapakah sebenarnya umur umat Islam ini. Karena kita semua tahu bahwa setiap agama Samawi yang diturunkan Oleh Allah mempunya batas dan ketentuannya. Di bawah ini, ada beberapa pendapat yang langsung dikaitakan dengan beberapa hadis Nabi.
1. Al Hafidz Ibnu Hajar
Umur umat Yahudi = umur umat Nasrani + umur umat Islam.
Umur umat Yahudi sejak diutusnya Nabi Musa AS hingga diutusnya Nabi Isa AS adalah 1500 tahun. Umur umat Nasrani sejak diutusnya Nabi Isa AS hingga diutusnya Nabi Muhammad SAW adalah 600 tahun. Sehingga:
Umur Yahudi = Umur Nasrani + Umur Islam
1500 tahun = 600 tahun + 900 tahun
Ibnu Hajar mengatakan adanya tambahan 500 tahun sesuai hadis marfu dari Sa’ad bin Abu Waqqash bahwa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya saya berharap agar umatku tidak akan lemah di depan Tuhan mereka dengan mengundurkan (mengulurkan) umur mereka selama setengah hari. Kemudian Sa’ad ditanyai orang: Berapakah lamanya setengah hari itu? Sa’ad menjawab: “Lima ratus tahun” [hadits shahih riwayat Ahmad, Abu Dawud, Al Hakim, Abu Nu’aim dan disahihkan oleh Al Albani]
Jadi total umur Islam menurut Ibnu Hajar adalah 900 + 500 tahun = 1400 tahun lebih, belum termasuk tambahan (karena tidak mungkin umur itu bernilai genap)
Jika sekarang tahun 1437 H (2015 M), berarti sudah melewati lebih dari 1400 tahun itu. Sedangkan tambahan yang dimaksud itu mungkin adalah umur Nabi Muhammad SAW, karena Islam adalah agama yang dibawa oleh Beliau. Juga ditambah dengan 13 tahun karena awal penulisan tahun Hijriah dimulai pada saat Rasulullah SAW hijrah ke Madinah dan 13 tahun adalah ketika beliau di Makkah.
Sehingga umur Islam adalah:
1400 + 63 (umur Nabi) + 13 (tahun sebelum hijrah) = 1476 tahun
 Jika dikurangi dengan masa kita hidup ini yaitu 2015 M (1437 Hijirah), berarti 1476 – 1437 = 40 tahun, thus, 40 tahun adalah sisa umur umat Islam dari hari ini.”
Apakah pada tahun 2055 M Islam sudah hilang dari muka bumi? Hanya ALLAH yang mengetahuinya.[1][1]

2. Imam Ibnu Rajab Al Hanbali
Diriwayatkan dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya masa menetap kamu dibandingkan dengan umat-umat yang telah berlalu adalah seperti jarak waktu antara salat Ashar hingga terbenamnya matahari (HR. Imam Bukhari). Menurut Ibnu Rajab, “umat-umat yang telah berlalu” itu adalah umat Nabi Musa AS (Yahudi) dan umat Nabi Isa AS (Nasrani).
Imam Ibnu Rajab Al Hanbali meletakkan keseluruhan masa dunia adalah seperti satu hari penuh dengan siang dan malamnya. Imam Ibnu Rajab Al Hanbali menjadikan waktu umat-umat terdahulu dari masa Nabi Adam hingga Nabi Musa seperti waktu satu malam dan waktu itu adalah 3000 tahun. Kemudian beliau menjadikan masa umat-umat yahudi, nasrani dan Islam adalah seperti waktu siang dari hari tersebut, maka berarti waktu itu juga 3000 tahun.
Imam Ibnu Rajab Al Hanbali menafsirkan hadis Bukhari lainnya bahwa masa-masa amaliah umat Nabi Musa AS hingga datangnya Nabi Isa AS seperti setengah hari pertama, dan masa amaliah umat Isa adalah seperti waktu salat Zuhur hingga salat Ashar, dan masa amaliah umat Islam adalah seperti sesudah salat Ashar hingga terbenamnya matahari.
Jadi perhitungan menurut Ibnu Rajab itu sebagai berikut:
• Masa umat-umat Adam hingga Musa = satu malam penuh = 3000 tahun
• Masa umat-umat (yahudi – nasrani – Islam) = satu siang penuh = 3000 tahun
• Umur Yahudi = setengah hari dari siang tersebut = ½ dari 3000 = 1500 tahun
• Umur Nasrani = mengikuti hadis Muslim dari Salman al Farisi yaitu = 600 tahun
Maka umur umat Islam adalah 1500 – 600 = 900 tahun. Kemudian 900 tahun ini ditambahkan lagi 500 tahun (setengah hari akhirat) (lihat: hadits dari Saad bin Abu Waqash riwayat Abu Dawud).
Thus, umur Islam adalah 900 + 500 = 1400 tahun, belum termasuk tambahan tahun. Namun beliau tidak menyebut berapa tahun tambahannya.
Perhitungan ini sama dengan method yang digunakan oleh Ibnu Hajar.
Perihal Khilafat Ummah:Dari Nukman bin Basyir, katanya, ‘Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap.Datanglah Abu Saklabah lalu berkata ” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?’
Huzaifah RA lalu segera menjawab.” Aku hafal akan khutbah Rasulullah SAW itu.” Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan.
Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda. “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu seperti yg Dia kehendaki.
”Kemudian belakulah zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya.
Lalu berlakulah zaman raja-raja yang zalim ( malikun a’adhun/zaman kesultanan ). Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula.
Kemudian berlakulah zaman penguasa diktator (mulkan jabbariyan/penguasa yang memaksakan ideologi yang bukan ideologi islam, dan hukum yang bukan dari hukum islam) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki.
Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
Kemudian Rasulullah SAW pun diam.
(Hadits diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalam kitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273.Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1, hadis nombor 5.]
1. Zaman Kenabian (Nubuwwah) dan rahmat
2. Zaman Khulafaurrasyidin dan rahmat
3. Zaman pemerintahan raja-raja yang zalim (kerajaan-kerajaan Islam)
4. Zaman penguasa diktator pembawa fasad dan kegelapan
5. Zaman Khalifah atau Ummah kedua yang berjalan diatas cara hidup zaman kenabian yakni zaman pemerintahan Imam Mahdi dan Nabi Isa.
Zaman Nubuwwah (Kenabian) dan Zaman Khulafaurrasyidin. Zaman ini adalah zaman pemerintahan di bawah Rasulullah dan zaman pemerintahan di bawah khalifah 4 (Sayyidina Abu Bakar as Siddiq, Sayyidina Umar al Faruq, Sayyidina Utsman bin Affan, dan Sayyidina Ali). Dua zaman pertama ini mempunyai banyak kesamaan, dan dikenal juga sebagai Zaman Ummah Awwal.
Telah berkata akan Imam Malik RA:
لان يصليها أخري هذه الأمه إلا ما أصلها أولها
Lan yusliha akhiri hazihi ummah illa ma aslaha awwaluha
“Tidak akan sekali-kali dipulihkan akan ummat yang akhir ini melainkan kembali kepada cara pemulihan ummat yang terdahulunya (Para Sohabah RA) [ash-Shifaa of Qaadee ‘Iyyaadh, (2/676)]

Perihal Umur Ummah:
Perihal umur umat Nabi SAW. 3 pendapat dari ulama-ulama yang terkenal dalam ajaran Ahlussunnah wal Jamaah yaitu dari:
1. Al Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani dari Mazhab Syafi’i
2. Jalaluddin As Suyuthi (Imam Suyuthi)
3. Imam Ibnu Rajab al HanbaliKita menganggap pendapat mereka bertiga sangat rasional, sehingga sebagaimana tujuan para Imam itu  menyeru kepada manusia agar senantiasa bersiap diri dan mengerjakan amal ibadah yang banyak, maka  demikian pula halnya dengan kita yang berharap agar manusia yang tertidur kembali terjaga, agar manusia  yang lalai dalam agamanya menjadi kembali kepada sunnah Rasulnya, dan agar kita mati dan menghadap  ALLAH subhanahu wa ta’ala dalam keadaan ridha dan diridhai.
AL HAFIDZ IBNU HAJAR
Hadits riwayat Al Bukhari yang artinya:
Perumpamaan kaum Muslimin dan Yahudi serta Nasrani, seperti perumpamaan seorang yang mengupah satu kaum (Yahudi) untuk melakukan sebuah pekerjaan sampai malam hari, namun mereka melakukannya hanya sampai tengah hari. Lalu mereka pun berkata, “Kami tidak membutuhkan upah yang engkau janjikan pada kami, dan apa yang telah kami kerjakan, semuanya bagi-mu”.
Ia pun berkata, “Jangan kalian lakukan hal itu, sempurnakanlah sisa waktu pekerjaan kalian dan ambillah upah kalian dengan sempurna”.
Mereka (Yahudi) pun menolak dan meninggalkan orang itu. Maka orang itu mengupah beberapa orang (Nasrani) selain mereka (Yahudi), ia berkata: “Kerjakanlah sisa hari kalian dan bagi kalian upah yang telah aku janjikan untuk mereka (Yahudi)”.
Sehingga ketika tiba waktu sholat Ashar, mereka (Nasrani) berkata, “Ambillah apa yang telah kami kerjakan untukmu dan juga upah yang engkau sediakan untuk kami.”
Orang itu berkata, “Sesungguhnya sisa waktu siang tinggal sedikit.”
Mereka (Nasrani) tetap menolak, sehingga orang itu mengupah satu kaum yang lain (Muslimin) untuk melanjutkan pekerjaan sehingga selesai sisa hari mereka (Nasrani).
Maka kaum itu (Muslimin) pun bekerja pada sisa hari mereka (Nasrani), yaitu sehingga terbenamnya matahari dan mereka pun mendapat upah yang sempurna yang dijanjikan kepada dua kelompok sebelumnya.
Seperti itulah perumpamaan mereka (Yahudi dan Nasrani) dan perumpamaan apa yang kalian (Muslimin) terima pada cahaya (hidayah) ini.
(HR Al Bukhari. Lihat Fathul-Kabir juz V hlm. 202 no: 5728)
Adapun penjelasan hadits ini menurut Al Imam Ibnu Hajar Al ‘Asqalani: “Para Ahli Naql telah sepakat bahwa masa (umur) bangsa Yahudi–sejak diutusnya Musa as–sampai diutusnya Muhammad saw adalah lebih dari 2000 tahun. Dan umur Nasrani dari jumlah itu sebanyak 600 tahun. Satu pendapat mengatakan lebih sedikit dari itu” (Fathul-Barri juz IV hlm. 449)
Dari penjelasan tersebut, jika pendapat yang disampaikan oleh Imam Ibnu Hajar dan Imam Ibnu Rajab tersebut adalah benar, maka dalam 27 tahun ke depan umat islam akan mengakhiri zama diktator sekaligus menyongsong datangnya zaman khilafah ‘alaa minhaji nubuwwah. Dan setelah khilafah akhir zaman itu selesai, umat islam akan diwafatkan oleh Allah SWT, kemudian keluarlah Ya’juj dan Ma’juj sebagai tanda besar kiamat Kubro dimulai.[2][2]  
[1]apapun dan kapanpun semua itu terjadi hanya Allah Swt yang tahu. sebagai menusia kita hanya dianjurkan untuk percaya bahwa semua alam ini mempunyai batasnya.







[1][1]https://azzein.wordpress.com/2015/03/26/umur-umat-islam-1500-tahun-hijriah-al-hadist/
[2][2]http://bersamadakwah.net/membaca-zaman-menaksir-bilangan-umur-umat-islam-hingga-hari-kiamat/

Minggu, 22 November 2015

islam love Jesus


http://img.eramuslim.com/media/2015/10/as.jpg



Umat Islam itu lebih Nasrani ketimbang orang Kristen, demikian tegas Dr. Naik, pakar perbandingan agama. Jika dilihat kenyataan sekarang, orang-orang yang menamakan dirinya Kristen itu sesungguhnya bukan pengikut Yesus, tapi Paulus. Yesus mengharamkan daging anjing dan babi, dan Paulus menghalalkannya, dan orang-orang Kristen pun mengikuti Paulus dan bukan Yesus. Yesus beribadah di Sinagoga setiap Sabath (Sabtu), sedangkan Paulus memerintahkan beribadah dengan membangun gereja dan dilakukan tiap hari Minggu (Sun Day, Hari Dewa Katahari), dan orang-orang Kristen pun kembali mengikut Paulus. Banyak lagi yang lainnya.
Sebab itu, komunitas Muslim di AS menggelar sebuah acara menarik bertajuk “I Love Jesus, Because I’m Muslim”.
Inilah dakwah Islam di Amerika yang digalakan oleh Kelompok Muslim Amerika ternama, Islamic Circle of North America (ICNA). Mereka berusaha mengenalkan siapa itu Jesus sebenarnya, dari sumber-sumber Injil Perjanjian Lama, dan juga membagikan Al-Quran terjemahan bahasa Inggris.[1]
Foto di atas adalah foto kegiatan ICNA di Abbot Kinney Festival 2015 di Los Angeles yang dirilis oleh fanpage ICNA pada 28 September 2015. (ts)