Tafsir Surah al-A’raf
ayat 73 - 79,
Dialog Nabi AlLah Soleh AS dengan Kaumnya (Kaum Thamud)
73. Dan kepada kaum Thamud (KAMI utuskan) saudara mereka: Nabi Soleh.
Berdakwah dia kepada kaumynya: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan AlLah,
(sebenarnya) tiada ILAH bagi kamu selain daripadanya. Sesungguhnya
telah datang kepada kamu keterangan yang nyata (mukjizat) dari RABB
kamu; ini seekor unta betina (dari) AlLah sebagai keterangan bagi kamu
(membuktikan kebenaranku). Oleh sebab itu, biarkanlah unta itu mencari
makan di bumi AlLah, dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang
menyakitinya; (kalau kamu menyentuhnya) maka kamu akan ditimpa azab
seksa yang tidak terperi sakitnya.
- AlLah SWT menjelaskan suatu waktu dahulu DIA mengutuskan Nabi Soleh
kepada kaum/bangsa Thamud, suatu kaum yang mendiami tempat yang bernama
al-Hijr yang berlokasi di antara Hijaz dengan Syam. Nabi Soleh pula
merupakan anak-beranak mereka, atau kaum kerabat mereka, dengan kata
lain Nabi Soleh AS mempunyai pertalian yang hampir dengan mereka dari
segi darah. Sebagaimana biasa, AlLah SWT mengutuskan para anbiya untuk
mengajak manusia kembali ke jalan Islam setelah manusia sudah terlalu
jauh tersesat.
Seperti kata peribahasa Melayu; sesat di hujung jalan kembali ke pangkal
jalan. Jadi Nabi AlLah Soleh AS diperintahkan AlLah SWT untuk
mengembalikan kaum Thamud kepada agama yang lurus iaitu Islam. Kerana
cara hidup & agama dari sisi AlLah SWT hanyalah Islam.
Nabi AlLah SWT memulakan seruan dakwahnya agar kaum kerabatnya kembali
menyembah AlLah SWT sahaja, kerana hanya AlLah sahaja yang berhak
disembahi, bukan yang lain berupa patung, berhala, pokok-pokok besar,
kuburan, lokasi-lokasi tertentu dan sebagainya.
Dakwaan Nabi Soleh AS mengajak manusia sezamannya menyembah AlLah SWT
disambut dengan permintaan yang aneh. Mereka mahukan Nabi Soleh AS
memecahkan batu dan mengeluarkan anak unta betina dariapda dalam batu
tersebut. Seandainya Nabi AlLah Soleh AS berjaya menunaikan permintaan
mereka, mereka memberi jaminan untuk beriman kepada AlLah SWT seperti
yang didakwahkan. Ketua kaum Thamud yang mencabar Nabi AlLah Soleh AS
itu bernama Junda bin Amr bin Labib. Nabi AlLah Soleh AS bermunajat
kepada AlLah SWT, dan izin-NYA keluarlah unta betina daripada dalam
batu. Setelah melihat kebenaran berada nyata di hadapan mata, Junda
& sebilangan yang ada menyatakan imannya kepada AlLah SWT. Tetapi
tidak banyak yang sempat untuk menyertai & menyatakan iman mereka
kerana pemuka agama berhala pada masa itu yang diketuai oleh Dzuab bin
Amr bin Labib & pembantunya Habbab menghalang & menyekat.
Berikutnya Nabi AlLah Soleh AS memberitahu bahawa unta itu tidak boleh
disakiti dengan cara apapun. Unta tersebut mestilah diberi minum secara
bergilir-gilir dengan penduduk al-Hijr. Apabila tiba hari yang
dijadualkan untuk unta meminum air, penduduk & haiwan ternakan
mereka tidak boleh meminum air tetapi mereka boleh memerah sebanyak susu
unta itu untuk dijadikan minuman. Jelas Nabi AlLah Soleh AS lagi
seandainya unta itu disakiti, maka akan turunlah bala AlLah SWT kepada
mereka semua.
74. "Dan kenanglah nikmat AlLah ketika DIA menjadikan kamu
khalifah-khalifah sesudah kaum Aad, dan ditempatkannya kamu di bumi,
(dengan diberi kemudahan) untuk kamu mendirikan istana-istana di
tanahnya yang rata, dan kamu memahat gunung-ganangnya untuk dijadikan
rumah. Justeru kenangkanlah nikmat-nikmat AlLah itu dan janganlah kamu
bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi".
Dakwah berikut daripda Nabi AlLah Soleh AS ialah memperingatkan merak
terhadap nikmat AlLah SWT yang tercurah kepada kaun Thamud. Antara
nikmat itu ialah kaum Thamud dijadikan AlLah SWT pemerintah &
pengurus atau pentadbir dunia setelah kehancuran kaum Ad (bangsa Nabi
AlLah Hud AS). Kaum Thamud mendapat kekuasaan pemerintahan di dunia,
dengan segala perbendaharaan & kekayaan menjadi milik mereka. Antara
nikmat yang AlLah SWT kurniakan kepada kaum Thamud & tidak
diberikan kepada bangsa yang lain hingga kini ialah kemahiran
(teknologi) dapat memahat bukit & gunung untuk dijadikan rumah &
kediaman.
Lalu jadilah bukit & gunung sebagai rumah-rumah mereka yang kukuh
daripada ancaman. Di samping itu mereka juga dengan teknologi semasa
membina istana-istana di tanah yang rata. Dapat difahami setiap mereka
mempunyai 2 kediaman yang hebat & megah; satu istana di tanah rata,
satu lagi kediaman yang mereka pahatkan di bukit atau gunung. Kedua-dua
kediaman ini mereka gunaka untuk mereka huni pada musim panas &
musim dingin. Pada musim panas mereka menghabiskannya dengan menduduki
istana, sementara pada musim sejuk mereka labur untuk berada dalam bukit
atau gunung yang mereka ukir indah sebagai rumah. Dakwah Nabi AlLah
Soleh AS juga agar mereka jangan sengaja membuat kerosakan di bumi.
Kerosakan di sini bermaksud membuat dosa & maksiat, sama secara
terancang, secara senyap-senyap, atau secara terang-terangan.
75. Ketua-ketua yang sombong takbur dari kaumnya berkata kepada
orang-orang yang dipandang lemah; iaitu orang-orang yang telah beriman
antara mereka: "Tahukah kamu bahawa Soleh menjadi rasul dari RABBnya?"
mereka menjawab: "Sesungguhnya kami beriman kepada apa yang ia (Nabi
Soleh) dakwahkannya".
Macam biasa mereka yang berkuasa, yang kaya, yang mewah hidupnya, susah
untuk membuka pintu hati kepada ajaran wahyu, hal ini dirakam sepanjang
masa dalam sejarah perjuangan dakwah para anbiya kepada umat manusia.
Kasus ini berlaku seawal dakwah Nabi AlLah Nuh AS hinggalah kepada
fenomena yang berlaku kepaada Junjungan Akhir Zaman; Nabi Muhammad SAW.
Golongan yang berkuasa pada zaman Nabi AlLah Soleh AS juga demikina
juga, bukan sahaja mereka tidak mahu join terhadap dakwah, mereka jua
akan bertanya dengan tujuan mengolok-olok pengikut nabi, kamu percayakah
Soleh tu diutus nabi oleh AlLah? Situasi ini akan berterusan selagi
manusia ada nyawa di sepanjang masa. Pendokong dakwah akan menjawab
dengan penuh yakin; kami beriman kepada dakwah para nabi.
Kenapa pendokong & menyokong dakwah ini percaya & beriman dengan
dakwaan manusia yang mengaku menjadi nabi ini? sebabnya mudah sahaja
iaitu manusia yang dilantik & mendakwa mereka sebagai nabi ini
merupakan manusia yang paling jujur pada zamannya, manusia yang dalam
percakapannya tak pernah berbohong, manusia yang paling amanah mereka
lihat dalam muamalat, manusia yang tidak pernah menyusahkan mereka dalam
pergaulan seharian, manusia yang banyak meringankan beban mereka dalam
seharian, & AlLah SWT memang memilih manusia yang tepat untuk
menjadi utusan-NYA. Justeru apabila manusia yang sebegini hebat
mengajaka mereka kepada agama AlLah SWT, golongan yang lemah ini tanpa
bertangguh & tanpa teragak-agak menyatakan iman kepada AlLah SWT
RABB sekalaian alam.
76. Orang-orang yang sombong takbur itu berkata: "Sesungguhnya kami
tetap ingkar kepada orang yang kamu beriman kepadanya".
Jawapan yang diberikan oleh golongan yang takabbur (yang enggan tunduk
kepada kebenaran) pastinya berbeza dengan jawapan golongan mereka yang
medapat hidayah. Golongan yang takabbur ini dengan angkuhnya akan
menjawab mereka tidak akan beriman dengan golongan para nabi di
sepanjang zaman. Mereka yang takabbur ini bukan sahaja tidak mahu
membuka pintu hatinya untuk dimasuki sinar iman & hidayah AlLah SWT,
mereka juga akan rasa susah hati jika ada insan lain yang beriman.
Lantaran itu tidak hairanlah jika ajakan & dakwah para nabi &
rasul ini ditentang & dihalang di sepanjang zaman. Pelbagai
rancangan jahat dirangka & difikir golongan ini untuk menyekat
dakwah, sama ada pada zaman dahulu atau pada zaman hari ini. hal ini
akan berterusan sehinggalah ke hari kiamat.
77. Maka mereka pun menyembelih unta itu, dan mereka menderhaka terhadap
perintah RABB mereka, sambil berkata: "Hai Soleh! datangkanlah azab
yang Engkau telah janjikan kepada kami, jika betul engkau dari
Rasul-rasul yang diutus (oleh AlLah)".
Golongan penentang dakwah Nabi AlLah Soleh AS ini yang terdiri daripaa
mereka yang berkuasa bukan sahaja menghalang dakwah & menyekat
tersebarnya dakwah, malah mereka berpakat untuk membunuh unta yang
mereka pinta. Bukan sahaja mereka menyembelih & membunuh unta
tersebut, mereka siap membahagi-bahagikan dagingnya, mereka juga dengan
angkuhnya mencabar Nabi AlLah Soleh AS agar menurunkan azab/bala kepada
mereka dengan seberapa segera. Bagi mereka Nabi AlLah Soleh AS itu yang
boleh menurunkan bala. Sedangkan para nabi hanya menjelaskan seandainya
titah perintah AlLah SWT dilanggari, akan datang bala dari AlLah SWT.
Bilakah masa, bilakah waktu, pukul berapa, datangnya bala tersebut bukan
urusan & dalam pengetahuan para nabi. AlLah SWT akan menurunkan
bala mengikut kehendak-NYA bila-bila sahaja yang disukai-NYA.
Bagaimana boleh terjadinya pembunuhan unta Nabi AlLah Soleh AS ini?
semua ini datangnya dari idea & perancangan 2 orang wanita yang
jelita, bernama Unizah bt Ghanam dan Sadaqah bt Mukh. Sesiapa yang boleh
membunuh unta tersebut akab dijadikan suaminya (Sadaqah) dan berkahwin
dengan anaknya (Unizah yang kaya raya). Tawaran tersebut telah memikat
hati 2 pemuda; Gudar/Qaddar bin Salif & Masda’/Mushadda bin Muharij.
Mereka berdualah yang mengetuai rombongan 9 manusia jahanam untuk
membunuh unta. Rancangan mereka yang disusun rapi ini dilaksana dengan
sempurnanya pada waktu malam. Mushadda memanah betis unta dari jauh
sementara Gudar menghabisi riwayatnya.
Benar juga kata pepatah’ wanita itu tiang negara apabila baik wanita itu
maka baiklah negara, bila tolol & jahat wanita itu maka akan hancur
& jahatlah negara’. Tangan yang menghayun buaian bisa
menggoncangkan dunia.
78. Oleh sebab itu, mereka pun dibinasakan oleh gempa bumi, lalu
menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal
masing-masing.
Mereka bukan sahaja membunuh unta itu, malah mereka 9 jahanam itu
bergerak pula ke rumah Nabi AlLah Soleh AS untuk membunuhnya. Dengan
sebab dosa yang mereka rancang & usahakan, maka datanglah bala AlLah
SWT yang mereka mintakan berupa gempa bumi & bunyi halalintar yang
membinasakan. Mereka yang bernafsu ingin membunuh Nabi AlLah Soleh AS
& pengikutnya dibinasakan AlLah SWT dengan hujanan batu dari langit.
Nabi AlLah Soleh AS dan pengikutnya yang beriman diizinkan AlLah SWT
untuk berhijrah ke RamalLah Palestin dan menetap di sana. Jadi penduduk
yang menghuni RamalLah pada hari ini merupakan anak cucu Nabi AlLah
Soleh & para pengikutnya yang beriman. Jangan hairan jika esok atau
lusa akan muncul kebangkitan Islam dari RamalLah.
79. Maka Nabi Soleh pun meninggalkan mereka sambil berkata: "Wahai
kaumku! Aku telah menyampaikan kepada kamu perutusan RABBku, dan aku
telah memberi nasihat kepada kamu, tetapi kamu tidak suka kepada
orang-orang yang memberi nasihat".
Sambil kakinya melangkah keluar dari bumi al-Hijr Nabi AlLah Soleh AS
tetap memberi ingat kepada pengikutnya yang masih ada & peringatan
kepada mereka yang binasa bahawasanya dia telah melaksanakan segala
suruhan AlLah Yang Esa; memberikan nasihat kepada mereka, tapi sayangnya
banyak daripada manusia tidak makan nasihat.
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Akhir-akhir
ini kita selalu membahas mengenai tanda-tanda kiamat yang semakin hari semakin
banyak tanda-tanda yang nyata itu bermunculan, tapi kita jarang mengetahui
kapan akan datangnya kiamat itu. Pada kesempatan ini kita akan membahas
mengenai sisi lain yang berkaitan dengan hari Kiamat. Yaitu mengetahui
berapakah sebenarnya umur umat Islam ini. Karena kita semua tahu bahwa setiap
agama Samawi yang diturunkan Oleh Allah mempunya batas dan ketentuannya. Di
bawah ini, ada beberapa pendapat yang langsung dikaitakan dengan beberapa hadis
Nabi.
1. Al
Hafidz Ibnu Hajar
Umur
umat Yahudi = umur umat Nasrani + umur umat Islam.
Umur
umat Yahudi sejak diutusnya Nabi Musa AS hingga diutusnya Nabi Isa AS adalah
1500 tahun. Umur umat Nasrani sejak diutusnya Nabi Isa AS hingga diutusnya Nabi
Muhammad SAW adalah 600 tahun. Sehingga:
Umur Yahudi = Umur Nasrani + Umur Islam
1500 tahun = 600 tahun + 900 tahun
Ibnu Hajar
mengatakan adanya tambahan 500 tahun sesuai hadis marfu dari Sa’ad bin Abu
Waqqash bahwa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya saya berharap agar umatku
tidak akan lemah di depan Tuhan mereka dengan mengundurkan (mengulurkan) umur
mereka selama setengah hari. Kemudian Sa’ad ditanyai orang: Berapakah lamanya
setengah hari itu? Sa’ad menjawab: “Lima ratus tahun” [hadits shahih riwayat
Ahmad, Abu Dawud, Al Hakim, Abu Nu’aim dan disahihkan oleh Al Albani]
Jadi total umur
Islam menurut Ibnu Hajar adalah 900 + 500 tahun = 1400 tahun lebih, belum
termasuk tambahan (karena tidak mungkin umur itu bernilai genap)
Jika sekarang
tahun 1437 H (2015 M), berarti sudah melewati lebih dari 1400 tahun itu.
Sedangkan tambahan yang dimaksud itu mungkin adalah umur Nabi Muhammad SAW,
karena Islam adalah agama yang dibawa oleh Beliau. Juga ditambah dengan 13
tahun karena awal penulisan tahun Hijriah dimulai pada saat Rasulullah SAW
hijrah ke Madinah dan 13 tahun adalah ketika beliau di Makkah.
Sehingga
umur Islam adalah:
1400 +
63 (umur Nabi) + 13 (tahun sebelum hijrah) = 1476 tahun
Jika
dikurangi dengan masa kita hidup ini yaitu 2015 M (1437 Hijirah), berarti 1476
– 1437 = 40 tahun, thus, 40 tahun adalah sisa umur umat Islam dari hari ini.”
Apakah pada tahun 2055 M Islam sudah hilang dari muka bumi? Hanya ALLAH yang mengetahuinya.[1][1]
Apakah pada tahun 2055 M Islam sudah hilang dari muka bumi? Hanya ALLAH yang mengetahuinya.[1][1]
2. Imam
Ibnu Rajab Al Hanbali
Diriwayatkan
dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya masa menetap kamu
dibandingkan dengan umat-umat yang telah berlalu adalah seperti jarak waktu
antara salat Ashar hingga terbenamnya matahari (HR. Imam Bukhari). Menurut
Ibnu Rajab, “umat-umat yang telah berlalu” itu adalah umat Nabi Musa AS
(Yahudi) dan umat Nabi Isa AS (Nasrani).
Imam
Ibnu Rajab Al Hanbali meletakkan keseluruhan masa dunia adalah seperti satu
hari penuh dengan siang dan malamnya. Imam Ibnu Rajab Al Hanbali menjadikan
waktu umat-umat terdahulu dari masa Nabi Adam hingga Nabi Musa seperti waktu
satu malam dan waktu itu adalah 3000 tahun. Kemudian beliau menjadikan masa
umat-umat yahudi, nasrani dan Islam adalah seperti waktu siang dari hari
tersebut, maka berarti waktu itu juga 3000 tahun.
Imam
Ibnu Rajab Al Hanbali menafsirkan hadis Bukhari lainnya bahwa masa-masa amaliah
umat Nabi Musa AS hingga datangnya Nabi Isa AS seperti setengah hari pertama,
dan masa amaliah umat Isa adalah seperti waktu salat Zuhur hingga salat Ashar,
dan masa amaliah umat Islam adalah seperti sesudah salat Ashar hingga
terbenamnya matahari.
Jadi
perhitungan menurut Ibnu Rajab itu sebagai berikut:
• Masa umat-umat Adam hingga Musa = satu malam penuh = 3000
tahun
• Masa umat-umat (yahudi – nasrani – Islam) = satu siang penuh
= 3000 tahun
• Umur Yahudi = setengah hari dari siang tersebut = ½ dari
3000 = 1500 tahun
• Umur Nasrani = mengikuti hadis Muslim dari Salman al Farisi
yaitu = 600 tahun
Maka
umur umat Islam adalah 1500 – 600 = 900 tahun. Kemudian 900 tahun ini ditambahkan
lagi 500 tahun (setengah hari akhirat) (lihat: hadits dari Saad bin Abu Waqash
riwayat Abu Dawud).
Thus, umur Islam adalah 900 + 500 = 1400
tahun, belum termasuk tambahan tahun. Namun beliau tidak menyebut berapa tahun
tambahannya.
Perhitungan
ini sama dengan method yang digunakan oleh Ibnu Hajar.
Perihal
Khilafat Ummah:Dari
Nukman bin Basyir, katanya, ‘Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi
dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap.Datanglah Abu Saklabah lalu
berkata ” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang
para pemerintah?’
Huzaifah
RA lalu segera menjawab.” Aku hafal akan khutbah Rasulullah SAW itu.” Maka
duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan.
Maka kata
Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda. “Telah berlaku Zaman Kenabian ke
atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki.
Kemudian Allah mengangkat zaman itu seperti yg Dia kehendaki.
”Kemudian
belakulah zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana
Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki.
Kemudian Allah mengangkatnya.
Lalu
berlakulah zaman raja-raja yang zalim ( malikun a’adhun/zaman kesultanan ).
Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya
pula.
Kemudian
berlakulah zaman penguasa diktator (mulkan jabbariyan/penguasa yang memaksakan
ideologi yang bukan ideologi islam, dan hukum yang bukan dari hukum islam) dan
berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki.
Kemudian
berlakulah pula zaman kekhalifahan yang berjalan di atas cara hidup Zaman
Kenabian.”
Kemudian
Rasulullah SAW pun diam.
(Hadits
diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalam kitabnya Musnad Al Imam Ahmad
bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273.Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus
Sahihah, Jilid 1, hadis nombor 5.]
1.
Zaman Kenabian (Nubuwwah) dan rahmat
2.
Zaman Khulafaurrasyidin dan rahmat
3.
Zaman pemerintahan raja-raja yang zalim (kerajaan-kerajaan Islam)
4. Zaman
penguasa diktator pembawa fasad dan kegelapan
5.
Zaman Khalifah atau Ummah kedua yang berjalan diatas cara hidup zaman kenabian
yakni zaman pemerintahan Imam Mahdi dan Nabi Isa.
Zaman
Nubuwwah (Kenabian) dan Zaman Khulafaurrasyidin. Zaman ini adalah zaman
pemerintahan di bawah Rasulullah dan zaman pemerintahan di bawah khalifah 4
(Sayyidina Abu Bakar as Siddiq, Sayyidina Umar al Faruq, Sayyidina Utsman bin
Affan, dan Sayyidina Ali). Dua zaman pertama ini mempunyai banyak kesamaan, dan
dikenal juga sebagai Zaman Ummah Awwal.
Telah
berkata akan Imam Malik RA:
لان يصليها أخري هذه الأمه إلا ما أصلها
أولها
Lan
yusliha akhiri hazihi ummah illa ma aslaha awwaluha
“Tidak
akan sekali-kali dipulihkan akan ummat yang akhir ini melainkan kembali kepada
cara pemulihan ummat yang terdahulunya (Para Sohabah RA) [ash-Shifaa of Qaadee
‘Iyyaadh, (2/676)]
Perihal
Umur Ummah:
Perihal
umur umat Nabi SAW. 3 pendapat dari ulama-ulama yang terkenal dalam ajaran
Ahlussunnah wal Jamaah yaitu dari:
1. Al
Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani dari Mazhab Syafi’i
2.
Jalaluddin As Suyuthi (Imam Suyuthi)
3. Imam
Ibnu Rajab al HanbaliKita menganggap pendapat mereka bertiga sangat rasional,
sehingga sebagaimana tujuan para Imam itu menyeru kepada manusia agar
senantiasa bersiap diri dan mengerjakan amal ibadah yang banyak, maka
demikian pula halnya dengan kita yang berharap agar manusia yang tertidur
kembali terjaga, agar manusia yang lalai dalam agamanya menjadi kembali
kepada sunnah Rasulnya, dan agar kita mati dan menghadap ALLAH subhanahu
wa ta’ala dalam keadaan ridha dan diridhai.
AL
HAFIDZ IBNU HAJAR
Hadits
riwayat Al Bukhari yang artinya:
Perumpamaan
kaum Muslimin dan Yahudi serta Nasrani, seperti perumpamaan seorang yang
mengupah satu kaum (Yahudi) untuk melakukan sebuah pekerjaan sampai malam hari,
namun mereka melakukannya hanya sampai tengah hari. Lalu mereka pun berkata,
“Kami tidak membutuhkan upah yang engkau janjikan pada kami, dan apa yang telah
kami kerjakan, semuanya bagi-mu”.
Ia pun
berkata, “Jangan kalian lakukan hal itu, sempurnakanlah sisa waktu pekerjaan
kalian dan ambillah upah kalian dengan sempurna”.
Mereka
(Yahudi) pun menolak dan meninggalkan orang itu. Maka orang itu mengupah
beberapa orang (Nasrani) selain mereka (Yahudi), ia berkata: “Kerjakanlah sisa
hari kalian dan bagi kalian upah yang telah aku janjikan untuk mereka
(Yahudi)”.
Sehingga
ketika tiba waktu sholat Ashar, mereka (Nasrani) berkata, “Ambillah apa yang
telah kami kerjakan untukmu dan juga upah yang engkau sediakan untuk kami.”
Orang
itu berkata, “Sesungguhnya sisa waktu siang tinggal sedikit.”
Mereka
(Nasrani) tetap menolak, sehingga orang itu mengupah satu kaum yang lain
(Muslimin) untuk melanjutkan pekerjaan sehingga selesai sisa hari mereka
(Nasrani).
Maka
kaum itu (Muslimin) pun bekerja pada sisa hari mereka (Nasrani), yaitu sehingga
terbenamnya matahari dan mereka pun mendapat upah yang sempurna yang dijanjikan
kepada dua kelompok sebelumnya.
Seperti
itulah perumpamaan mereka (Yahudi dan Nasrani) dan perumpamaan apa yang kalian
(Muslimin) terima pada cahaya (hidayah) ini.
(HR Al
Bukhari. Lihat Fathul-Kabir juz V hlm. 202 no: 5728)
Adapun
penjelasan hadits ini menurut Al Imam Ibnu Hajar Al ‘Asqalani: “Para Ahli Naql
telah sepakat bahwa masa (umur) bangsa Yahudi–sejak diutusnya Musa as–sampai
diutusnya Muhammad saw adalah lebih dari 2000 tahun. Dan umur Nasrani dari
jumlah itu sebanyak 600 tahun. Satu pendapat mengatakan lebih sedikit dari itu”
(Fathul-Barri juz IV hlm. 449)
Dari
penjelasan tersebut, jika pendapat yang disampaikan oleh Imam Ibnu Hajar dan
Imam Ibnu Rajab tersebut adalah benar, maka dalam 27 tahun ke depan umat islam
akan mengakhiri zama diktator sekaligus menyongsong datangnya zaman khilafah
‘alaa minhaji nubuwwah. Dan setelah khilafah akhir zaman itu selesai, umat
islam akan diwafatkan oleh Allah SWT, kemudian keluarlah Ya’juj dan Ma’juj
sebagai tanda besar kiamat Kubro dimulai.[2][2]
[1]apapun
dan kapanpun semua itu terjadi hanya Allah Swt yang tahu. sebagai menusia kita
hanya dianjurkan untuk percaya bahwa semua alam ini mempunyai batasnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar